Tuesday, 20 March 2012

Filem Klasik 1.

      1. Siapakah yang terlibat dalam klip video itu? 
  • Orang -orang yang terlibat dalam video ini adalah, P. Ramlee, Sudin, Ajis, Pak Cik, orang-orang kampong dan Hantu Jepun.
     2. Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
  •  Ketiga-tiga Bujang Lapok telah ke tempat-tempat sunyi untuk melatih kegiatan mereka.
  • Apabila Ajis sedang melatih dia di kacau oleh orang-orang kampong.
  • Sudin pula di kacau oleh mambang yang bermain dengan pintu dan jendela.
  • Ramlee pula dikacau oleh tentera-tentera Jepun yang sudah mati 
      3.  Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Guru mereka telah membagi tugas untuk mencabar diri dengan cobaan-cobaan yang akan dihadapi.
  •  Ajis bertetap di dalam perigi yang kosong
  •  Sudin duduk di dalam rumah yang kosong.
  •   Ramlee pula duduk di tempat perkuburan tentera-tentera Jepun.
      4. Di mana perkara itu dilakukan?
  • Perigi, Rumah yang kosong dan Perkuburan.
      5. Bila perkarera/kelakuan ittu berlaku?
  • Perkara ini berlaku pada larut malam.
      6, Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Ajis memasuk ke dalam perigi dan memulakan latihan, dia lalu mendengar seorang tertawa. dia takut dan bermula untuk fokus dengan bacaan-bacaan.penduduk kampong melempar sampah-sampah, tin minyak tanah, air dan sebuah kuali besi. Ajis terus menjerit dan empat-empat perempuan mula terkejut mendengar jeritan dan terus lari. Apabila Ajis keluar dari perigi, penduduk kampong datang, dan Ajis menakutkan mereka.
  • Sudin pula masuk ke dalam rumah yang kosong dan memulai latihannya. apabila dia memula membaca, jendela rumah bermula membuka dan tutup dengan sendiri. Kemudian pintu mula buka dan tutup. Sudin rasa sesuatu yang tidak kena. Tiba-tiba seekor kucing jatuh dari bumbung rumah itu.
  • Ramlee pula yang berada di  kuburan. Apabila dia berhasil membaca yang disuruh, seekor hantu mula menjelma. Lalu hantu itu meyuruh Ramlee pergi dari tempat tersebut tetapi Ramlee tidak mahu. Ramlee lalu melawan hantu itu dan hantu tersebut memanggil kumpulannya dengan sebuah trompet. Semua ku pulan itu mengejar Ramlee dan Ramlee lalu lari pulang dan temu Ajis dan Sudin.
      7. Perasaan watak-watak?
  • Ajis, Sudin dan Ramlee berasa takut.
      8. Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Sungguh lucu dan seronok menonton jejaka kelakar.
      9.Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu?
  • Saya mempelajari bahawa jangan main dengan makhluk halus.
    10. Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu    dalam kehidupan kamu seharian ?
  • Jangan membuang sampah di dalam perigi. 
  • Jangan masuk ke rumah kampong yang tidak dihuni.




No comments:

Post a Comment